Quantcast
Channel: ΔиαѦʏнʋƨиα Ғαвʋℓσʋƨ
Viewing all 73 articles
Browse latest View live

X-Proliven '01

$
0
0


Hallooo..sumerr.. Semoga sumer dl keadaan sihat wal 'afiat.. Nak cuti kena mangatt. Cengg.. Last day, serious penat.. Penat watpe? Penat duduk...lama sangat kat dewan.. Penat tepuk... Tgk persembahan.. Merah tgn auuu.. Penat jerit.. Sorak time tgk X-Proliven.. Hehe.. Well.. Batch kitorang ramai org dengki.. jeles.. sbb terlampau united.. Cenggg!! Hehe.. kk.. Semalam kitorang smbut teacher's day... Mmg bestlah.. Batch kitorang just persembahkan sajak n video yang panjang.. Haha.. Tu yang merah tgn.. Hehe.. Apapun... teacher's day tahun ni mmg best.. Bestlahh..kan... Ustazah praktikal pun dh habis ngajar... Rindulahhh... Meh Ana nk tunjuk some of our picturw with ustazah! Ade 115 gmbr keseluruhan auu.. Hehe.. Belum lagik video time meraikan ustazah praktikal kat kelas.. Okayh!

Sweet kan? Ecewahh.. Ginii lah Osmansterss.. Osmanwinterss.. Kat fb bising.. Kat whatsapp bising.. Kat kelas? Lagilah.. Nak runtuh dibuatnya.. Ceng! Okay..
Now... X-Proliven!!!! (lepak! lepak! lepak asal gempak!) hehe..



Happy teacher's day! *16MEI*
Hopefully,, batch kitorang united forever.. Even though putera puteri ada gak yang still kekok.. Ade gak yang tak kenal one and another.. Well.. Jaga ikhtilat kan.. Batasan jaga.. Tapi,, kitorang ttp united! Ecewahhh.. Okayh!

Okayh! Assalamualaikum.. ^^
Selamat bercuti!


Coming Soon!

$
0
0


Halloo.. semua... okayh.. lama x update.. Rasanya,, dh xde dh org yang view blog kot skang.. haha.. Dah bersarang labah-labah dh.. Anai-anai pun dh start datang nak reputkan blog ni.. Haishh.. Baru dua tahun setengah blog ni hidup,, dh nak reput dah.. So,, harini Ana renovate balik.. Bukan renovate jadi lain auu.. Haha.. Tu akan dtg nanti.. Ana sekadar repair je.. Hahh!! Yang skang korang tgk nih.. dh xde anai-anai.. sarang labah-labah pun dh xde. Haha.. Lipas,, telur lipas bagai sumer dah buang! Now,, clean.. yeah!! Okay.. Penat nonsense sendiri..

Act, Ana just nak bagitau maybe next week tapi x tau bile,, Ana nak share cerpen!! Yeay.. Act, ni mcm homework lah.. Kitorng buat dlm masa 1hari je.. Besoknya hantar kat cikgu a.k.a editor.. Penulis 4 orang. Haha.. Tengok tu asyik nonsense je.. Kitorang act saje je nak share hasil air tangan kami bersama.. Well.. time buat tu sebenarnya,, banyak idea keluar dari kepala Ana. Kitorng bincang kat wasap,, main keluarkan je ape yng ade jauh di sudut kepala ni.. Hehe.. Pastu Ana susun sumer..

Kawan2 Ana yang suggest suh Ana share cerpen tu.. Kitorng xlah sebagus org len. Tapi,, kira oklah kitorng dpt siapkan cerpen. Hohoho.. Nanti,, boleh buat novel pulak ann.. Haha.. Tu jauh sngt mimpi tu.. Okayh! Assalamualaikum..

P/S : This week Ana x tinggal asrama!! Air takde.. Hohoho.. ^^

Cerpen : Sahabatku Sayang #1

$
0
0

First cerpen by First Group.
In Shaa Allah, nanti akan ada cerpen tajuk sama,, tapi jalan cerita yg berlainan. Penulis pun berlainan. Since, ni homework kitorang kat sekolah. Just for sharing!


Puan Linda memegang tangan anaknya yang dingin sambil mengusap kepalanya. Kemudian, Puan Linda terlena kerana penat.

Aku terlantar di atas katil Hospital Columbia Asia selama tiga minggu. Aku terjaga daripada lenaku yang panjang dalam keadaan yang sangat lemah dan kakiku terasa kebas. Tanpa kusedari, aku terlihat mama tidur di sampingku sambil memegang erat tanganku. Mungkin mama penat menjagaku selama tiga minggu. Aku tertanya-tanya tentang perkara yang menimpa diriku sehingga menyebabkan aku terlantar lama di atas katil hospital ini. Mama terjaga daripada tidurnya apabila menyedari aku terbangun.

Banyak soalan yang bermain di fikiranku. Aku ingin bertanyakan apa yang telah menimpa diriku sehingga aku terlantar di atas katil hospital ini.

"Mama, apakah yang terjadi kepada saya sehingga kaki kiri saya berbalut?" tanya Ahmad.

Ibunya dengan perasaan sedih dan pilu menjawab pertanyaan Ahmad.

"Sayangku, kamu terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tiga minggu yang lalu."

"Kamu pengsan di tempat kejadian dan kaki kirimu patah."

Aku sedih kerana tidak dapat berjalan seperti sediakala. Aku akan menjalani rawatan tetapi untuk pulih tetap mengambil masa yang agak lama.

Aku duduk di bangku taman hospital sambil ditemani angin sepoi-sepoi bahasa untuk menenangkan diri di samping pokok yang redang meneduhiku. Ketika aku menikmati keindahan alam, sesuatu merasuk mindaku. Kepalaku berasa pening. Sesuatu sedang bermain di  fikiranku. Bunyi siren terngiang-ngiang di kepalaku. Ramai orang mengerumuni diriku. Sekujur tubuh terlantar di sebelahku. Aku tersentak daripada kejadian yang bermain di kepalaku. Tanpa membuang masa, aku terus bergegas masuk ke dalam laju menuju ke wad untuk mencari mama. Aku cuba memikirkannya. Aku memaksa diriku untuk mengingati semula kejadian yang berlaku tetapi sukar untuk aku mengingati semula kejadian yang berlaku. Siapakah gerangan pemuda yang terlantar di sebelahku? Adakah dia yang menyelamatkanku? Setibanya aku di pintu wad, aku tercungap-cungap di daun pintu.

Langsung aku meminta penjelasan daripada mama.

"Mama, selain saya siapakan yang ditemui di tempat kejadian?"

Mama terdiam. Hatiku berasa kurang senang memikirkannya. Gerak hatiku mengatakan mama ada merahsiakan sesuatu.

"Sebenarnya..."

Kata mama terhenti seketika. Raut wajah mama berubah dan menunjukkan perasaan risau dan gusar yang amat.

"Sebenarnya, kamu ditemui bersama sahabat karibmu, Razak."

Aku terdiam sejenak.

"Bagaimanakah keadaannya? Di manakah dia sekarang?"

Lalu, sambil menundukkan kepalanya mama menjawab.

"Dia telah meninggal dunia di tempat kejadian."

Aku cuba memikirkan kembali. Begitu akrabkah hubunganku dan Razak, sahabat karibku? Aku benar-benar ingin mengetahuinya. Mama berjanji kepadaku akan membantuku mengingati semua tentang Razak apabila kami pulang ke rumah. Aku juga menjumpai hadiah-hadiah yang diberi oleh Razak di dalam sebuah kotak. Banyak memorabilia kami berdua. Melalui gambar dan hadiah tersebut, ingatanku beransur pulih. Aku teringat kenanganku dan Razak bersama. Air mataku menitis membasahi pipiku. Sebak di dada, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.

Setelah ingatanku pulih sepenuhnya, aku menjadi seorang yang pendiam. Aku berasa tertekan. Aku tahu, mama risau akan keadaanku tetapi aku tetap sukar mengeluarkan sedikitpun kata-kata. Aku terkenang akan sahabat karibku yang telah kembali ke rahmatullah. Hubungan kami begitu akrab. Aku sukar untuk melupakannya semula. Aku cuba melupakannya tetapi tidak termampu. Alangkah bagusnya jika ingatanku tidak akan pulih. Aku menjadi murung selama beberapa bulan. Ramai yang risau akan keadaanku sekarang. Aku sering dinasihati oleh keluarga dan rakan-rakan. Pada awalnya, amat sukar untukku menerima kenyataan ini. Setelah beberapa lama, barulah aku dapat menerima segala kenyataan dan suratan takdir. Aku sedar, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Aku kerap menziarahi pusara sahabat karibku itu. Bagiku, inilah satu-satunya cara buatku melepaskan rindu terhadapnya. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Doaku, agar sahabat karibku itu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aku tetap meneruskan hidup dengan rakan-rakan yang lain walaupun Razak tiada di sampingku. Aku tahu, setiap manusia perlu meneruskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah walaupun orang yang kita sayang sudah tiada. Setiap yang datang pasti akan pergi. Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar dapat menyambung pelajaran sehingga ke menara gading demi mencapai impian yang telah kubina bersama arwah Razak.


--Tamat--

Semoga semua orang suka baca ya!

Author : Hurin, Husna, Fatin, Amira
Editor : Cikgu Umi Kalsum
Publisher : Blog AnaMyhusna
Big Thanks to : Mahiss

Happy Eid Mubarak

$
0
0


Selamat hari raya kepada semua yang membaca blog Ana sekarang! Kalau terbuat salah..ke.. kan.. sama ada secara langsung mahupun ntak langsung. Harapnya, boleh dilupakan segala kesalahan yang Ana dah buat kat korang! Kita sama-sama memaafkan antara satu sama lain di pagi raya yang sangat ceria ini! Cewahh.. Apapun,, kalau ada terguris di hati,, terasa ke, ataupun Ana pernah buat salah kat korang tapi tak terperasan pulakk.. Ana mintak maaf sangat2. People makes mistakes. Nobody's perfect. So, jomlah kita saling memaafkan orang lain.. Okay?

Sekalai lagi,, selamat hari raya korang! Jangan makan lemang banyak sangat,, nanti berat naik balik. Jangan gelojoh sangat makan,, tak pasal2 tercekik.. Hehe.. Minta maaf sekali lagi,, kalau ada buat salah. Even tak buat salah maafkanlah Ana macam mana sekali pun.. Hehe.. Maaf zahir dan batin..
So,,  Assalamualaikum!

Now is Zulkaedah

$
0
0

Okeh! Syawal dah habis dah semalam!! Bulan Zulkaedah sudah tibaaa.. Hehe.. Lepas tu bulan Zulhijjah n tahun baru.. Laju je masa berlalu kan? Dah nak akhir tahun hijrah.. Tahun masihi pun nak habis dah ni kan? Get reaady untuk azam tahun depan pulak... N pastikan azam tahun ni terus terusan diamalkan. Tau tak apa azam Ana taun ni? Ana takde bagitau ehh?? Okeh.. Azam Ana tahun ni ........ nak jadi lebih baik dari semalam dan pastikan esok lebih baik dari hari ni.. In Shaa Allah. Ana ikut je.. Lagipun iman kita naik turun. Kengkadang bila diuji iman tu.. kita tak dpt nak tempuhi. Kadang2 dapat kan..

Okehlahh. Petang ni Ana akan balik asrama.. Periksa akhir tahun pun nak dekat dah..Doakan Ana berjaya.. Okeh? Doakan Ana cemerlang untuk PAT. N next year,, doakan Ana dapat belajar baik2 untuk PT3 n berjaya!! In Shaa Allah.. ^^

Okeh Assalamualaikum.. ^^

P/S

Jom sama-sama amalkan.. ^^

Semoga Dirahmati Oleh-NYA

$
0
0

Ahhhhh... Lamanya tak update yee.. Bukak tu mmglah bukak.. Tapi sekadar tgk-ii gitu jelah.. Updatenya ntah bila.. Hehe.. So, tepat pukul 12:00 malam ni.. Ana nak ucapkan....
Selamat Ulang Tahun for my gorgeous beautiful smart friend....Huda !!
 Well,, actually this is her request. And.. I don't mind to take my time to make this special entry.. It's not wasting the time actually. Because it's for my friend.. And kalau Huda tengah baca this special entry... Baca leklok apa yang Ana taip.. Ucapan ikhlas dari hati.. ^^

First and foremost, happy birthday Huda! Di hari yang special dalam hidup kau ni,, jangan sekadar bergembira dengar ucapan birthday kat fb or asrama n terima hadiah besday .. Kau kena ingat 1 benda,, makin umur kau meningkat,, makin dekat hari nak mati tu.. So, sempena ulang tahun ni,, kita cuba jadi lebih baik daripada sebelumnya... Waktu hari ulang tahun ni,, cuba muhasabah semula diri n cuba ubah yang buruk jadi lebih baik dan baik jadi lebih lebih lebih baik!! Since kita pun tak tahu bila kita mati. Hehe.. Kalau kau dgrlah tazkirah time Islam di Hatiku pagi Jumaat kat sekolah tu,, Ustaz ade kata pasal masa.. So, jgn buang masa kita dengan benda laghoo.. Aq pon lagho gak hehe..
Secondly, aq akan doakan kau semoga panjang umur untuk terus buat amal ibadah... sentiasa sihat walafiat.. lagi2 time tgh jerebu.. semoga kesihatan terjaga,,,,semoga murah rezeki.. rezeki makan minum..kesihatan..duit?? (kalau murah rezki kau kat situ,, boleh belanja aq..) pastu next year PT3 .. aq doakan yang the best ntuk kau.. Doakan aq sekali!! Yg paling penting,, doa aku supaya kau berjaya dunia dan akhirat. Ilmu tu penting nk berjaya dunia & akhirat nih.. Hihi..
Last sekali... semoga persahabatan kita terjalin erat dan akrab.. Sama gak dengan kawan-ii yang lain.. X-Proliven kan united gileee... Puteri comel.. Putera maco??? Klah-ii.. Dh melencong lak.. Ok!! Aq harap kau puas hati lah eh.. Aq x reti sgt nak eleborate point yang aq bagi.. Ade tiga point nih.. Kita elaborate hati ke hati lah ehh?? Hehe.. 
Okayh!! So,, tamat sudah cerita chenta aq.. Sekarang,, jom potong kek!! Huda bawak kek besday kau kat aq!! ^^
Nah lagu besday koo!!

Assalamualaikum!!

IMAN

$
0
0


Okeyh.. Lama x post.. Actually,, xde masa sgt.. Since duk asrama ann.. Balik lak cammmm hmmmm.. Act, balik rumah pun bukan buat apa sgt.. Tengok drama.. drama.. drama.. lagu.. makan.. (macam takde life sgt je..) Okaylaahh,, xdelah drama memannjang lagu jee.. makan jee.. novel jee.. Ade gaklah kita buat ibadah kann.. Hehe.. Ingatkan balik boleh terus jalan-ii.. So, nampaknya banyak pulak masa terluang kat rumah nih.. Seriously,, Ana rasa cammm...Menyesal setiap hari sbb masa berlalu sgt laju n amal ibadah cam x cukup je dalam sehari.
Parent pun busy kerja.. Balik petang,, nothing happens.. Lepak sama-ii keluarga lah kan.. So, bila nak post pun rasa cam nak buat entry apa? Xde pengalaman nak share... So, noww.. Ana nak share benda yang Ana belajar kat asrama lah eh.. Tak elok gak biar blog cenggitu je lama-ii..

Ok,, nak cakap pasal IMAN. Actually, Ana xdelah pandai sangat nak citer benda cenggini.. Tapi, berdasarkan apa yang Ana dah belajarlah dekat sekolah sepanjang dua tahun duk kat Maahad tu..adalah jugak yang boleh dikongsikan.. Rasulullah kata, "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" So.. x salahlah kalau Ana nak share.. Ni pon still bergantung pada buku, google and so on.. takut tersalah kongsi..

Sebelum ni, Ana bukak ask.fm.. dah lama x bukak katakan.. Then, ada hamba Allah ni tanya,, macam mana nak kuatkan iman.. Seriously, time tu Ana cam terkedu gila.. Sbb Ana penat fikir.. Ana takut, Ana tersalah cakap.
Then, Ana fikirlah,, mestilah kena dekatkan diri dengan Allah..
Pastu Ana fikir lagi,, macam mana nak dekatkan diri dengan Allah??
Ok.. Buatlah amal ibadah,, banyakkan solat sunat,, puasa sunat, dll..
Then Ana fikir lagi,, means aq x pernah nak usaha dekatkan diri dengan Allah.. Aq cuma solat 5 waktu, baca mathurat, Quran pun bukan hari-hari baca. Kalau kat asrama, macam-ii.. Puasa sunat selalu buat, Quran tak tinggal baca setiap hari..

Ana pun, sebab takut salah bagi ilmu, google lah cara nak kuatkan iman. Then, Ana jumpa lagi satu cara,, beristighfar. Ana pun,, okay istighfar... Bila je Ana amik masa untuk istighfar at least 5 minit ann.. So,, Ana pun duduklah jap memikirkan benda tu.. Pastu, Ana terus jawab ask tadi tu..

So, skang ni,, kalau bagi ilmu kat orang tapi tak buat apa gunanya kan? Ana pun kena kuatkan iman. Dekatkan diri dengan Allah n istighfar selalu.. Dekatkan diri dengan Allah ada banyak cara.. Cthnya,, buat solat sunat dhuha waktu dhuha,, buat qiamulail tiap malam.. Duduk selawat, baca tahmid semua tu pun boleh.. Asalkan ikhlas.

Ana ada baca dekat satu buku ni,, katanya,, orang yang malas cam Ana ini,, kena cuba juga buat sikit-ii sampai jadi habit.. Bila dh jadi habit,, kita confirm dh biasa smpai susah hati kalau x buat.. Hehe.. In Shaa Allah.. Ana pun tgh paksa juga diri ni bangun dari kerusi pergi buat ibadah sikit. Jalanlah jugak sikit-ii tu.. Doa-doakanlah Ana dapat jadi anak yang solehah.. Seorang yang suka beribadah kepada-Nya.. Okay?

In Shaa Allah..
Kalau ada salah n silap,, sori banyak-ii..Bukan apa,, manusia ni tak lepas daripada buat kesilapan..
Assalamualaikum! ^^



Rindu~~

$
0
0

Halo!! Ni last entri untuk tahun ni lah kot yee.. Sikir sangat bila Ana tengok balik.. Jauh betul dari 2013 punya entri. Hoho.. Sejak duduk asrama nih,, nak bukak blog dh x teringat.. Tutorial pun dh x terbuat.. Hmmmm... Next year nak PT3 lagi.. Ohhhhhhhh... Doakan Ana berjaya okay??!


(Ana sampai sini pakai baju batch X-Pro..!! haha..)
Okayh.. Nak citerlah, minggu lepas Ana pergi sekolah rendah Ana untuk beli buku sekolah adik2.. Banyak gaklah belanja dengan baju sukan lah.. Yang adik pompuannya baru dapat jadi PRS,, nak kena beli vest lah.. tie lagi haaa.. Since dorang pakai baju kemeja ngan kain A-line.. Leceh nohhh nak pakai cantu hahhh..

Then,, sampai-ii je, Ana rasa sangat pelik.. Sebab maybe dh lama x jejak kaki kat sekolah tu. Cikgu pun banyak baru, Guru besar pun dh berapa kali tukar dah.. Banyak gaklah tempat yang still sama cam dulu.. Cuma tempat perhimpunan yang kat pagar depan dah buat surau kat situ,, x silaplah pentas dah xde kat situ. Well guru besar baru nampaknya banyak buat perubahan.. Hoho.. Tapi, bila tengok tempat yang x berubah,, rasa rindu jee.. Terbayang-bayang kwan2.. Hehe..
Ni tempat biasa Ana tunggu mama Ana amik tiap2 hari.. And, seminggu dlm sebulan tu Ana ada tugas catat nama datang lewat dengan BFF Ana, Fitri.. Rindu sangat ngan dia,, kat sinilah tempat kitorang amik nama..
Sangat lawak.. kalau diingatkan balik.. Bila adik2 darjah satu / dua lambat,, kitorang nak tanya nama ngan kelas pun macam mehhh.. haha.. sebab dorang cam comey2 je.. cakap pulak gagap2.. sian pulak.. kitorang sampai dah hafal nama yang selalu lewat.. kengkadang ada yang terlepas,, then nasib baik Fitri tau nama.. Biasanya yang terlepas tu drjah 1 camtu lah.. Tak tau kot..
Tapi, lawaklah.. Bila dorg masuk time lagu Negaraku tu semua,, kitorang kena suruh dorng stop jappp.. then, bila dua tiga orang yang lewat.. nampaklah berterabur berdirinya.. hoho..

Yang penting pondok ni banyak teringatkan Ana dengan Fitri,, Rindunyeeeeeeeeee........

Ni saje je tangkap.. Nampak lawa lagi.. X berubah lagi.. Hehe..

Ni adik Ana.. tengah bz beli buku.. Sbb tunggu lama sangat,, Ana banyak amik gambar je.. Hoho.. Ni depan bookshop a.k.a tempat Ana bertugas hari2.. Hehe.. Tempat bertugas,, tempat rehat.. Dengan Fitri, Hanim, Hani...semualah.. Kitorang pakai rehat je.. Kalau free,, join,, kalau bz xyah.. Haha.. Yang penting Ana ngan Fitri x pernah nak pisah..

Ni pun depan bookshop gak.. Tempat yang adik Ana berdiri tu,, bawahnya tu orang selalu rehat situ..
N kengkadang ada gak sampah makanan yang buat Ana annoyed.. Hoho..

Ha... nampak tayar belakang tu? Tulah tempat kitorang lepak.. batu yang adik Ana berdiri atas tu, kitorang suka main atas tu.. berdiri kat situ... jalan2.. Seronoklah.. Since kitorang selalu duduk sini sbb Ana n Fitri selalu bertugas sini.. Kat tangga pun kengkadang kitorang bertugas kat situ.. Kengkadang x sama2 pun.. Tapi kitorang selalu sama2.. Yang buatkan kitorang makin rapat tuuuhh.. Since cikgu yang jaga kitorang pengawas2 nih.. mmg tahu sangat kitorng punya friendship.. hoho..

teringat je time darjah 3, Ana n Fitri x boleh nak berpisah.. Cikgu Rozita, cikgu yang uruskan pengawas nih..pulak mengajar  kitorang. No wonder cikgu tahu kitorang rapat ngan siapa kan.. Ana n Fitri mmg rapat since darjah 1. Cuma x tau nape,, memori Ana x bnyk pulak pasal drjah 1. Kalau kawan2 nak ingatkan pun, Ana macam blank je.. Haha.. Darjah 2 pun gitu2 je ingat. Hehe..

Okay ni, Ana saje tangkap gambar belakang tu,, Ada Cikgu Suip dengan Guru Besar (kot) kat situ.. Since kantin lama tu dah lama x pakai maybe GB nak ubah kot tempat tu.. Ana ingat lagi time drjh 1 ke 2 ,, Ana selalu rehat kat hujung kantin ni.. then ada surau kat situ,, Ana selalu belajar mengaji dgn Ustazah Maslina yang dah pindah waktu akhir tahun drjah 6 kitorng.. Hoho.. Ana selalu makan nasi lemak kat kantin lama ni..
Dpt kantin baru,, Ana selalu makan nasi ayam pulak.. hoho..

Yeay! Ni dia.. Dpt full capture.. Ni lah die tempat kitorang lepak time rehat..

Pokok2 depan bengkel KH still ade lagi.. Tahniah.. Hoho..

Okayh!! So,, ni je yang sempat Ana tangkap.. Hihi.. Okaylahhhhhhhhhh....... Bye.. Last entri Ana.. Next year PT3,, So maybe Ana hiatus dululah kot.. Okayh.. Assalamualaikum..


Fuh ..

$
0
0

Haloo.. Ok everytime Ana update,, ayat dia mesti cenggini.. "lamanya x update!!" sebab apa? Ana mmg jarang update pon. Kalau korang tengok update lama mesti pelik. Awal2 je ayat sama.. haha.. Nak wat camne.. Duk asrama cengginiler.. Cikgu kalau dapat tau balik wajib,, hah! semua nak bagi homework n yang paling penting homework tu mesti kena pakai laptop.. nak wat folio lah.. fotostat nota untuk kelaslah.. presentation lagi lah. Kalau boleh setiap subjek tu nak suruh buat presentation.
Kalau tak balik rumah, cikgu suruh pakai pape je. Kertas mahjong pun boleh.. Pape jelah.. Tapi still lagi bagus kalau pakai powerpoint. Haritu cikgu suruh buat video. Dia cam kengkadang rasa macam Ya Allah...susahnya nak buat...
Ada gak cikgu pernah cakap camni hah.. "Yang present ni bawak laptop tak?" And I was like.. huh? laptop? Boleh je nak bawa,, tapi lecehlah sekolah ni.. Nak kena minta surat bawa barang haramlah.. Nak kena minta sign lah.. Nak kena fotostat satu salinan bagi exco lagi.. Pastu, kena bagi exco pegang pula.. Nak guna baru amik.. Aduh leceh.. Ana pernahlah, sekali dua bawa laptop. Biasa Ana x bagi exco,, sebab Ana bawa laptop bila betul2 terdesak so kitorang akan guna je setiap kali ada masa. Then, terus bawa balik rumah bcus I hate people touch my things.
That's whylah.. Tapi bila semua kerja powerpoint dikumpulkan dalam 1 masa,, jadi beban yang amat lah pulak.. Haha.. Takpelah.. Mama Ana cakap, kalau nak berjaya kena banyak berkorban untuk belajar. Mohler kita belajar banyak2.. Hoho..
Okay! That's all for today.. ^^

Don't Be Discouraged

$
0
0


Haiii.. Dah bulan 5 dah n nampaknya post Ana baru 2 je untuk tahun nih.. Haiyoo.. Tak sedar pun masa ni bergerak sangat wow lajunya..
Okayh.. Main point tajuk ni nak citer pasal coming mid year exam next week. But, before that.. today is my mom's birthday! Alaaaa.. It's just ended a minute ago. Dh pukul 12:01 minit.. Hoho.. Ana je yang x beli hadiah.. since baru balik dari asrama.. So, coming exam ni,, Ana akan buat yang terbaik to be mama n abah birthday gift. Since abah punya besday pon nak dekat dah..

Okayh!
Exam nak dekat, n Ana tengok semua orang study hard. Ana? Tak tau naper,, rasanya sangat susah ye untuk study.. Rasa cam suka hati aq lah bila nk study and bila nk main.
And bila balik rumah, study tu amat kurang tapi azam tu amatlah tinggi yeee.. sebab tu lah rasa cam,, hesh boleh ke aq buat exam kali ni.
Ana rasa macam baru je masuk sekolah n xde benda yang dah dipelajari. Hoho.. Takdelah camtu.. Rasa cam baru start study sikit,, padahal buku tulis sumer dah masuk buku 2 tau masalahnya..
Ana sekarang, balik rumah terus buka lagu, nak tengok drama / movie baru.. Macam mana nak belajar kalo banyak sangat benda lagho boleh buat kat rumah ni. Nasib baik xde drama baru.
That's why lah Ana pilih quotes atas tu. Sebab Ana banyak kali discouraged, rasa cam nak stop sekolah.. Penat study. Pagi, petang, siang, malam ada kelas sampai ntah bila nak buat homework pun tak tahu.
Tapi, bila fikirkan balik. Tujuan belajar kerana-Nya,, jadi kenalah belajar seikhlas-ikhlasnya,. Belajar ni pun satu jihad ye sebenarnya. Lagilah bila kita betul2 ikhlas.
Datang sekolah buka sekadar untuk main,, tapi tujuan utama tu yang kita kena ingat. Belajar kerana Allah.
And yang paling utama bukan pergi sekolah untuk bercintan-cintun ye. Sekolah tempat belajar bukan tempat untuk mendekati zina. Allah kata La takrabu zina. Bukan La tafa'lu zina. Allah kata jangan dekat pon apatah lagi buat. Bercintan-cintun ni pun salah satu cara kita nak dekat dengan zina ya. Tak kiralah zina mata atau hati.
Wushhh,, dah macam ustazah dah.. Nilah orang kata penangan dengar tazkirah tiap2 malam kat asrama. Tapi, tahun ni sangat kurang dengar tazkirah. But, since musim periksa, Ramadhan n Syawal is coming .. so tuition stop kejap, duk kat masjid je. Alhamdulillah..
Tapi, rasanya Ramadhan takde tazkirah kot. Ntahlah.. Alaaa...

Tapi, memang seriouslah.. Selalunya yang duk depan time tazkirah ni form 1 auu.. Tapi batch Ana ni dari form1 sampai form3 nih hah.. nak rebut jugak tempat depan.. Moga2 bukanlah sebab nk mengusha... Hoho.. Ya Allah,, jauhi kami dari zina mata.. Kihkih...

Okayh.. dh jauh sangat ye! main topic pasal belajar je.. Last2 sampai ke masjidlah tazkirahlah.. Susahlah camni ann..

Apapun,, whenever discouraged time study,, ingat tujuan kita belajar kerana Allah.
Wallahua'lam. ^^

Assalamualaikum

P/S : Doakan result kalini lagi tinggi dari sebelum ni. Doakan markah Ana sumer 80 ke atas je.. Takde bawah 80. In Shaa Allah.. AMIN..

Kawan 2Weeks Ana

$
0
0


Hai. Hari ni, Ana tak balik asrama lagi sbb banyak lagi barang dari kem haritu nak kena punggah dan basuh dan kemas dan lipat dan bla bla bla.. Act, mmg dah rancang dah untuk ponteng.. Hehe..
Okay, nak cerita pasal kem haritu sebenarnya.. Sangat best, sangat seronok. Tak sia-sialah pergi sbb masa kita yang terluang tu mmg dah xde dah bila pergi sana. Since Ana dapat course green technology, then Ana belajar pasal green tech je.. Hari2.. Buat eksperimen pun mesti ada kena mengena dengan green tech.
Okay, jangan ingat green tech tu pokok pulak. It's an energy okay.. Time Ana pergi tu, Ana dapat rasa macam Analah yang paling mengong sekali sbb x fluent english sangat and rasa macam banyak benda aku tak tahu.. pretest pasal green tech pun Ana dapat 51 je. Nampak sangat pengetahuan ceteklah time awal2 masuk tu..
Tapi, dh last2 tu postest pula Ana xdelah hebat sangat.. Ana just dapat 71 means pengetahuan tu makin banyaklah,, tapi still blur lagi ann..
Buat projek pun Ana sangat susah nak cari idea. Nak berpusing-pusing otak Ana memikirkan idea.
Dahlah individu,, susahlah nak fikir.. nak perah otak sorang2.. Pastu, anak2 yang sebaya ngan Ana kat sini ada 6 orang je termasuk Ana. 3 lelaki n 3 perempuan. Elok sangatlah tu.
Rommate Ana mmg semua form3. Kami bertiga dalam bilik tersebut. Dan kami yang selalu lambat bersiap. Bilik kitorang no. 16. Nanti, pagi-pagi tu kalau kitorang lambat,, mulalah form2 yang dh siap ni kejut kitorang melalui whatsapp yang sebenarnya x function pun. Kami tetap akan lambat sbb kami sempoi je.. Act, kami berusaha untuk awal ye.. Tapi, still lambat. Dax2 form2 ni tak tau camne dorang boleh manage awal. Mungkin sbb diorang sanggup beratur panjang2 dan awal2 time pagi2 tu .
Kami yang form3 ni berasa kami sepatutnya tidur dahulu shingga barisan untuk ke shower sudah berkurang. Haha..
Tapi, seronoklah.. Video pasal course kitorang pun ada.. Dan obviously, orang yang buat video ini ialah pelajar2 dari course Multimedia Kreatif. Ana teringin gak nak masuk course tu. Bagi Ana tu course yang paling mudah untuk belajar sbb Ana memang minat bab2 pakai komputer ni. Kalau boleh buat apa2 kerja pun nak cari laptop. Alhamdulillah kami belajar di kelas dgn mencari maklumat dalam laptop juga. Dan kadangkala kami dibenarkan membawa telefon bimbit untuk mencari maklumat berkenaan teknologi hijau.
Hoho.. Time yang Ana paling sukalah is time riadah. Sangat seronok sbb kitorang memang betul2 berpeluh and semua sangatlah lasak. Lagi satu, yang risaunya time nak start riadah tu memikirkan yang kitorang main campur lelaki n wanita. LOL.Ana ni dahlah x biasa ngan budak lelaki nih. Nak jaga daripada tersentuh tu,, Ya Allah Ya Rabbi,, dugaan betul.. Susah sangat nak menjaganya. But,. in the same time,, kitorang dapat merapatkan ukhwah antara ahli kumpulan. Ana daripada kekok bebenor nak cakap ngan lelaki,, akhirnya biasa je cakap ngan diorang.
Ana x tau apa akan jadi kalau Ana balik semula ke asrama nih,, takut awkward tu datang balik ann.. Nasib baik course Ana ramai form2. Kalau form3? Hah, susahlah citer dia. Kitorang pun x ingat dah sape tua sape muda. Sumer pakai aku kau je. Sorang je budak yang pakai akak. Since dia form1. Namanya Sashvini. Sangat comellah budaknya but sometimes jahat gak ngan akak2,, Haha.. Okayh! Till then,, assalamualaikum...

Lailatul Qadar

$
0
0


Ramadhan dah nak habis dah korang! 10 malam terakhir pun dah sampai!! So,,, marilah kita saling mengingati ye. Malam ni bolehlah berjaga malam.. buat solat sunat banyak banyak.. buat amal ibadah banyak2.. Mana tahu jumpa malam lailatulqadar. Oleh itu, hari ni Ana nak share tentang lailatulqadar mengikut pengetahuan yang Ana ada jelah. Ana xdelah pandai sangat bab2 nih.. Tapi, adalah sikit yang boleh share. Hehe..

Ni Ana dapat melalui wikipedia tentang sejarah ringkas lailatul qadar.
Apabila sahabat-sahabat Rasulullah mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israel yang beribadah selama 1000 bulan dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah menurunkan surah al-Qadar yang menyatakat lailatul Qadar (malam al-Qadar) lebih baik daripada 1000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah kepada umat Rasulullah.

Ha.. Nampak tak? So, jomlah kita berjaga buat ibadah malam2 ehhh... Hehe.. Siapa je yang akan dapat lailatul qadar ni?
  • Orang ni orang yang solat fardhu maghrib dan isya' secara berjemaah sepanjang bulan Ramadhan dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat subuh berjemaah pada esoknya.
  • Solat tarawih ni termasuk dengan solat malam juga sbb ia dilakukan lepas Isya'. So, kiranya orang yang solat tarawih ni dikira solat sunat pada lailatul Qadar, so bolehlah tambah lagi rakaat time 10 malm terakhir.
Okay now tanda2 Lailatul Qadar pula.
  • Keadaan matahari pada waktu pagi, terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru. 
  • Keadaan waktu malam tak panas dan tak dingin, matahari di waktu paginya tak terlalu cerah dan nampak kemerah-merahan
  • Malam lailatu qadar ni bersih, tak panas, tak dingin, tak berawan, tak hujan, tak berangin
And, sebenarnya banyak lagi yang kita boleh tahu tentang Lailatul Qadar ni. Kalau korang berminat cerlah google. Ustaz Azhar Idrus pun ada bagi tazkirah tentang malam al-Qadar ni. So what are you waiting for? semua di hujung jari je skang. Ana pun nak checkout sebenarnya. Doa2 yang boleh diamalkan dan macam2 lah.. So, jom sama2 cari ilmu! Assalamualaikum..

Boys24 (소년24)

$
0
0

Haloo!! Korang .. PT3 nak dekat dah.. OMG.. Skang Ana n friends tengah bz buat geo, habis je geo,, terus lisan BM n BI n then trial weyh!! Takut tu takut jugak, tapi bila dpt balik rumah,, hah kau.. cenggini lah.. Okayh takpe asalkan kita usaha n belajar relax2.. sungguh2.. In Shaa Allah,, success..
Ok, main dia bukan ni tau.. Belajar2 gak.. Ana actually saja nak citer pasal satu rancangan korea baru. Dia survival show. Kalau siapa yang pernah tengok survival show before tahulah kot macam mana.. Kalau macam WIN (Who Is Next?) n Mix n Match tu, dia under YG n dia just sesama trainee dia je.. Kalau macam Produce 101 pulak,, 101 trainee perempuan di setiap company akan join rancangan tu. (soriler kalau x tau.. Ana nak kongsi je.. hehe..)
TAPI!!! Kalau Boys24 ni pula,, contestant dia bukannya trainee means diorang takde latihan apa-apa pun untuk jadi artis. Tapi, diorang ada bakat cuma belum diasah je. So, melalui Boys24 nilah diorang akan asah bakat dan lawan. Cuma yang kesiannya, ep 1 lagi dah ada yang tersingkir.
Tapi, boleh nampaklah dia punya makin bagus dalam setiap episod. Episod 2 pulak,, satu group akan tersingkir. Since dia bahagikan kepada 7 kump.
And Ana paling suka 2 group!! Unit white n Unit sky! Dan member kump lain ada je yang Ana support tapi sbb x semua Ana support.. hehe..
Ana time tengok ep1 dia cam x minat lagi auu.. tapi, lepas dh tengok smpai ep 5 since tiap-tiap minggu balik time bulan puasa..ahaks.. dengan cuti seminggunya lagi.. dengan minggu ni baliknya lagi.. So, bila episod baru keluar je,, Ana terus tengok.. Haha.. (Macam mana nak PT3 nih..) Tak salahkan nak enjoy sikit2.. Ana dah give up drama dah nih.. Tunggu masa je.. hehe..
So, nak share jelah video diorang buat mission tiap2 minggu.. Best tau sebenarnya..

ni yang paling latest Unit White tapi x best sgt macam performance diorang yang sebelum nih..

ni pulak video ep 4.. time ni dah ada 1 group yang tersingkir..

time ni Ana start minat diorang.. sbb nampaklah performance diorang tu best.. Especially leader dia n yang first2 start nyanyi tuh.. Youngdooo!!! Diorang ni kira visual Unit lah sebab kalau unit lain bukan xde yang hensem,, ade je.. cuma yang ni cam unit handsome2 bersatu (?) haha,,

ok Unit Sky pulak!

Ok this is the latest performance diorang.. Sangat comel sebenarnya n time ep ni diorang dapat vote tertinggi.. Uwooowww.. Yang awal2 ada atas pentas tu,, nama dia Isaac and he is Malaysian.. Orang Sabah kalau x silap.. Chinese.. Hoho.. Ramai gaklah orang kita support kalau x silap.. Cuma ranking dia dari no.1 jatuh no. 10 tapi slow2 dia jatuh..
Ana minat yang rambut blonde tu hah.. Sangmin.. Sangat comel n ada Key vibe..  (Key Shinee)


Ni pon bolehlah bestnya.. Diorang hampir tersingkir n then unit lain yang tersingkir last sekali.. Ana suka sangat suara yang second nyanyi tuh.. Heee..


ni first performance diorang sama2.. n sorang tersingkir.. hmmmm...

n performance unit lain pun best especially Unit Yellow since leader dia sngt kreatif n member die pun ikut kreatif.. Hoho.. Okayh! Banyaknya ... Adoiyaii... Takpe ni je Ana tgk.. Still focus PT3.. Haha.. Okayh.. Assalamualaikum! ^^

Tulah dieee

$
0
0

OMG!!!

Baru je habis trial harini.. Isnin depan dah lisan dahhhhhh.... Maybe sekolah lain dah lisan dulu enn.. Sekolah Ana selalu lambat ckit..  Tapi serius ahhhhhh... Terasa awal sangat..

Takut pun ada.. Nervous pun ada.. Seronok pun ada.. Tak sabar pun ada.. Tak sabar?? OMG seriously Ana nih... Haha.. apapun,, doakan lah Ana dapat buat yang terbaik untuk lisan.. Tak sabar sebenarnya.. Tak tahu kenapa.. Rasa seronok kalau banyak idea nak cakap.. tapi kalau xde idea entahlah.. Ana harap sangat tajuk dia x susah sangat untuk Ana pikirkan idea.. Before time buat latihan lisan ngan cikgu, cikgu bagi tajuk last year and Ana x berapa nak paham tajuk dia.
But, time tu Alhamdulillah kitorang ada contoh idea untuk tajuk2 last year, bila dibaca-baca barulah paham.. n then barulah banyak benda nak citer kat depan.. Well, diorang perkenalkan Ana sebagi ustazah dalam forum lisan kitorang.. haha..
Cam lawak pun ada,, tapi suka pula dengar.. Kalaulah satu hari nanti.. Hmm??

Ana x suka nak tinggalkan entry pendek2 je.. Tapi, Ana just nak cakap ckit je.. Well masa kat rumah tak banyakk..

Hah! Lusa Ana akan jawab UKM2 lagi.. Sbb haritu time UKM3, Ana jawab UKM1 once again,, and dapat lagi.. Tapi x taulah.. Adik Ana pun dapat lagi sekali n dia nampak sangat bersemangat untuk jawab balik.. Ana pula x ingat pun pasal tu sbb dok memikirkan trial sampai tumbuh 2 biji jerawat atas kepala.. Adoihh,, nak hilangkan bukan  senang..  Ditambah lagi dengan lisan,, boleh suka jerawat ni datang.. Adooiyaiii..

Okayh.. Assalamualaikum.. ^^

It's coming.. PT3

$
0
0




Hari ni dah masuk hari Ahad. Esok Isnin. Lusa Selasa. Tak lama lagi habis cuti seminggu.. Means tinggal lagi berapa hari je nak PT3. OMG guys!! ਉ_ਉ ਉ_ਉ 

Seriously Ana sangat tak rajin untuk study.. Homework pun tak siap lagi.. Tengah workhard melawan nafsu drama.. Aduh... Ana tak pernah tak tengok drama bila balik rumah.. Tak tahu kenapa,, tahun ni macam banyak pulak ann yang nak ditengok.. Well,, most of them Ana save untuk end of the year. But still half of them I'm watching now.. Plus movie n movie.. Ohh.. Favourite Ana.. Memang tipulah kalau Ana tak suka.

Nanti Ana nak tengok Now You See Me 2. Mesti ramai dah tengok.. Macam best since the first one best gila ann.. Walaupun ada unsur-unsur dajjal tapi jalan cerita dialah yang best. Tak tahu bila nak tengok sbb asyik duduk depan laptop buat benda lain. Kalau curios google.. Kalau bosan,, buka drama website. Pastu nanti nak tengok performance lah.. MV lah.. Hah memang kerja Ana lah tu. That's why Ana buat schedule time table, so that Ana boleh follow slow slow dan study banyak-banyak. Solat nak kena awal. Tak suka lambat2.. Tapi, tulah,, bila balik rumah kengkadang terlajak.. Aiyoo..

Lagi-lagi Isya',, suka sangatlah tu tangguh..  Hmm.. Ni yang dugaannya duduk rumah. Tapi duduk rumah tak dapat makan banyaklah.. Semua orang dalam rumah ni suka sangat bangun lambat.. Bila Ana turun dapur nak masak macam tak tahu apa sesuai nak buat sarapan. Itu takde.. Ini takde. Sampai harini sarapan Ana roti bakar dengan air masak jelah.. Yang lain tu ,,, hmmm tunggu lunch lah jawabnya.

Weekend kan.. Semua seronok tidur. Disebabkan Ana duduk asrama dan Ana sangat tidak mahu melepaskan sikit pun masa kat rumah,, so Ana tidur lambat dan bangun awal sbb nak bagi terasa lama je duduk rumah. Ahaha.. Ana memang macam ni. Lagi2 bila dah nak balik asrama.. Lagi awal bangun lagi bagus. Kalau boleh before subuh dan celik.

Alright..
Kalaulah ada yang baca entri ni.. Ana harap sangat korang boleh doakan Ana dapat keputusan yang cemerlang dalam PT3 supaya Ana boleh buat parents Ana proud.. Walaupun Ana bukan pelajar terbaik sekolah, tapi apa salahnya.. Usaha dan tawakal. 

Okay.. Assalamualaikum.. ◕‿◕

Esok sekolah

$
0
0
Halo semua!! Okayh.. Esok sekolah n Ana x balik asrama lagi dan Ana sedang tulis entri?? What am I doing? Actually, harini tak balik asrama sebab asrama takde air, so Ana decide nak balik esok pagi.. Senang ckit nak mandi kan.. Tapi, kalau petang esok takde air juga, tak tau lah nak cakap apa.. Tengah susah nih.. Dah 2 mingu rasanya,, asrama ni takde air. Bukan apa.. Bukan takde air. Pam rosak.. Well, sekolah pun dah tua juga..

Tapi, takpe.. Selagi Ana boleh belajar, oklah tu kan.. Cuma bezanya, kat rumah belajar, main, belajar, main. Kat asrama, belajar, belajar, penat, tidur, belajar, belajar, penat, tidur. Berbeza sikitlah.. Kat rumah Ana bangun lagi awal daripada kat asrama. Kat asrama Ana bangun 5:30 pagi paling awal? kot.. Kat rumah Ana bangun paling awal 4:30 pagi.. paling lewat.... 5:30 pagi rasanya.. Since kat rumah Ana tak suka buang masa dengan tidur. Kalau kat asrama,, sebab senang penat. So, tidur jelah cure dia.. Kan?

Tidur punn.. Kat rumah depends lah.. Kalau ngantuk tidur.. Tak ngantuk takyah tidur. Kalau dekat asrama,, ngantuk ke tak ngantuk ke.. Ana akan tidur 12:30 lah paling awal pun.. Banyak benda kena buat before tidur kat asrama.. Kalau kat rumah,, tandas, meja, laptop, dan segalanya dalam 1 bilik. Xyah risau.. Nak gi tandas, pergi je.. Kat asrama kena pakai tudung dulu,, jalan sampai hujung.. turun tangga,, naik tangga.. Jadinya, bila malas tangguh dulu.. Pukul 12 baru nak gerak.. Haha.. Takdelah.. Tu paling lewat pergi tandas kat asrama before tidur. Tapi, oklah.. Dah rindu asrama dah.. Dah 2 minggu tak balik.. Minggu before holiday memang balik hari dari rumah.. Asrama tu tempat persinggahan je.. Hoho..

Alright! Barang tak kemas lagi.. Esok dah sekolah.. So, esok bangun awal.. Kemas barang.. Ana tak suka kemas malam-malam.. Malam-malam, Ana kemas sikit2 je.. Gosok baju pun esok pagi.. Haha.. Tulah dia.. Kalau kat asrama,, malam tu baru nak gosok..  Ana memang suka buat kerja last minute. Tapi alhamdulillah.,, jalan je.. Bukan x punctual ye.. Okay! Assalamualaikum..

P/S : DOAKAN ANA STRAIGHT A PT3.. SEMOGA ANA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG. AMIN.. 

New Update

$
0
0

Today is...Saturday. And my work is drama.. Haha.. Since before PT3, nk tengok drama sangatlah susah. Ana still tengok drama but, jarang-jarang so banyak gila drama yang tertangguh.. Ada certain tu tengok separuh episod je.. Yang selebihnya dah tak tengok sbb ada drama baru. Dia jadi banyak sangat sampai bila habis je PT3, confirm buka laptop and cari drama yang dah tertangguh. Tapi, disebabkan banyak sangat, Ana jadi lupa episod berapa yang Ana tinggalkan. Haha..

Drama apa? Drama korea lah yang paling banyak. Drama Thai. Drama Taiwan. Philipines. Jepun. Tapi, most movie lah. Nasib baik kat asrama, form 3 dah takde PREP. So, every night kitorang kumpul kat bilik TV n tengok movie. Yang pasti bukan korea. It is forbidden ya kat asrama. So, kitorang tengok movie english lah jawabnya. At least we have fun watching it, walaupun tertidur.. Bangun-bangun je, dah habis. Haha. Kadang-kadang tu, bangun-bangun je, dah takde orang. Tu lagi bestlah. Bukan orang tak kejut. Kejut je, tapi kejut sambil kosongkan bilik. Jerit-jerit pakai mulut je suruh bangun.

Novel pun jadi hobi balik dah. Sebab dah takde apa nak buat. Dah lama tak baca novel, so bacalah banyak-banyak sekarang. Ni masalah budak asramalah.. Kalau jadi budak luar, diorang tak banyak benda tertangguh since dah duduk luar kan, diorang boleh tengok drama when the episode keluar,, dah habis satu episode boleh sambung study.. senang je. duduk asrama nak kena tangguh dua minggu. balik baru boleh tengok. kalau balik sebulan sekali lagi seksa.. haha.. nasib baik Ana balik dua minggu sekali. Tu pun selalu dah sebenarnya balik tiap-tiap minggu. Dah  kalau takde air, tak jadi apa gak ann. Tahun ni banyak kali dah jadi budak luar, sebab masalah air kat asrama. Tahun lepas masalah jerebu. Tahun ni masalah air. Ada je masalah kat asrama ni. Time first day n second day PT3 pun, Ana jadi budak luar. Tulah dia. Bersyukur rumah dekat. Hoho..

Alright, tu je kot since Ana jarang update.. So, here it is. New update. Hmmm.... ^^

Excited Jap (EXO-CBX)

$
0
0


Tak tau kenapa.. selalunya kalau EXO comeback, Ana excited macam mana pun, Ana tengok sekali then tidur. Esok tengoklah balik. Tapi, malam ni, Ana tengok countdown dekat V-Live, pastu tepat pada masanya,, lewat seminit sebenarnya, Ana buka mv nya,, dan sekarang Ana tengah dengar buat kali ke empat kalau tak silap. Maybe sebab first sub-unit, Ana sangat excited. Haha..
Image result for hey mama exo

Sangatlah excited. Sampai Ana tak jadi nak tidur. Haha lol.. Dekat V App pun Ana dengar lagi sekali. Seriously best, and Ana pun memang dah tunggu lama nak tengok sub-unit ni. Since, diorang nyanyi ost untuk drama Scarlet Heart. Kalau ada yang tengok, Baekhyun, one of the member, is staring in the drama. Tapi, matilah tengah-tengah drama. Tapi, serious best okay drama tu walaupun historical drama. (Ana bukan jenis orang yang akan layan historical drama. Lagi-2 K-drama. Seriously.)

Okayy.. Tu je sebenarnya nak share. minta maaflah kalau tak suka. Haha.. Ana sangat jarang, post entry tentang benda-benda yang sangat lagha ni. Sekali sekala nak excited. Heee..

Okay! Assalamualaikum.

^^

$
0
0

Hai! Hari ini dah nak balik asrama. Haiyoo.. Malas sebenarnya, tapi tulah dia banyak pula aktiviti kat sekolah. Kenalah join. Hehe..

Minggu-minggu lepas, banyak kali dah Ana balik haram. Bukan Ana je.. Ramai.. Sebab tulah, this week cikgu dah bagi warning dah. Tak boleh buat apalah kan. Nanti kena demerit, tak pasal2 form 4, mula sekolah dah dicop budak nakal. Haha..

Dormmate Ana pun risau takut Ana tak balik petang ni. Dia terus whatsapp Ana nak confirm Ana balik ke tak. Kalau Ana tak balik, of course dia pun tak balik. Besok pagi baru nampak batang hidung kat sekolah. Selalu dah.. Haha..

So, this week, stay jadi budak baik. Kita join je segala aktiviti. Best sebenarnya. Tapi, depends on kerajinan lah sekarang ni. Last week, kitorang buat explorace. Since explorace tu sesama batch sahaja, dia jadi sangat seronok sebab kitorang boleh lawan fasi. Haha.. Fasi pun tak berani nak lawan balik. Tu yang seronok, kalau buat dengan batch lain, ada limitnya. Tak boleh nak lawan fasi kalau dah fasinya tu senior kan.. Huhu..

Alright, so this is the last entry for this week. See you after two weeks!! Kalau Ana rajinlah. Okayh! Assalamualaikum.. ^^

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

$
0
0

Hai.. Ana dah lama sangat tak join giveaway.. So, sebab dah habis PT3 and sekolah pun nak habis dah.. I decided to take partlah... Walaupun tak banyak giveaway sangat kutt,, nak take part tahun ni,, tapi Ana nak cuba untuk join banyak giveaway.. Hehe.. Okayh! Lets!!



Jomlah join.. ^^
3 pemenang dicari.. Klik gambar kalau nak join!! ^^
Viewing all 73 articles
Browse latest View live




Latest Images